Latar belakang Kemalangan_Penuh_Bermakna

Sejak awal kurun ke-17, kor Janissari mula melepaskan fungsi meraka sebagai unit tentera elit. Kebanyakan anggota Janissari adalah bukan anggota tentera dan dengan mudah memeras ugut wang daripada negara serta mengawal kerajaan Turki, memburukan lagi keadaan kejatuhan empayar Uthmaniyyah. Sekiranya ada mana-mana sultan cuba untuk memodenkan struktur ketenteraan Uthmaniyyah dan mengantikan Janissari akan dibunuh serta merta atau diturunkan dari takhta.[4] Setelah beberapa lama, sekiranya empayar Uthmaniyyah menandingi ketenteraan kuasa-kuasa Eropah, ia perlu mewujudkan sebuah tentera moden dan membubarkan Janissari. Jumlah anggota Janissari telah bertambah dari 20,000 pada tahun 1575, kepada 49,000 (1591), dan 135,000 pada tahun 1826.[5]